Injil Asli Merisaukan Vatikan

Injil ini meramalkan kedatangan Muhammad.
Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah Telah membuat Vatikan resah, yang kemudian mereka teliti dengan seksama dan lebih mendalam.
Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.
Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.
Injil yang dimaksud telah ditemukan sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan tanpa sepengetahuan umum, karena pihak gereja sendiri khawatir akan adanya kesamaan antara injil tersebut dengan Al- Qur'an mengenai Isa A.s adalah Rosulallah dan bukan sebagai anak tuhan, serta dikhawatirkan juga adanya isi yang menyebutkan Ahmad (Muhammad SAW) adalah Rosulakhir zaman.
Namun pada tahun 2010 injil tersebut diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudian dipamerkan setelah dilakukan PERUBAHAN.
Isi kandungan Injil tersebut selaras dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.
Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.
Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil tersebut dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.
Harga salinan Injil ini diperkirakan berharga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).
Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa mempertikaikan penemuan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud,
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”- (Surah al Baqarah ayat 146)
Wallahu’alam….

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Injil Asli Merisaukan Vatikan"

Post a Comment